|
Isnin, 26 November 2012
AMALAN 8S
Ahad, 25 November 2012
VISI & MISI SKESES
SERLAHKAN KECEMERLANGAN,SENTIASA SIAP SIAGA
VISI
SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Seri Samudera akan menjadi antara tiga sekolah
cemerlang di Daerah Manjung menjelang
tahun 2015.
MISI
SEKOLAH
Melaksanakan sistem pendidikan dengan berkesan bagi `melahirkan`
murid cemerlang yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek [JERI] selaras dengan konsep 1Malaysia
serta berteraskan Rukun Negara melalui
;
1. Penerapan dan pembudayaan budaya ilmu
dikalangan murid serta warga sekolah.
2. Penerapan dan pembudayaan sifat
ketakwaan, kasih sayang serta perasaan saling menghormati antara satu sama lain
dikalangan murid serta warga sekolah.
3. Penerapan dan pembudayaan unsur –
unsur perpaduan dikalangan murid serta
warga sekolah.
4. Penerapan dan pembudayaan kejituan
disiplin, keunggulan sahsiah dikalangan murid serta warga sekolah.
5. Penerapan dan pembudayaan cara gaya
pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan yang cekap, berkesan, amanah, adil,
telus serta menggunakan teknologi terkini.
OBJEKTIF
SEKOLAH
1. Melaksanakan pengurusan, pentadbiran dan
kepimpinan yang cekap, berkesan, amanah, adil dan telus serta menggunakan teknologi
terkini dalam urusan kewangan, perkhidmatan, sumber manusia, aset, pembelajaran
dan pengajaran.
2. Meningkatkan secara berterusan pencapaian
murid [secara kuantiti dan kualiti] dalam peperiksaan awam [UPSR] dan peperiksaan
peringkat sekolah [PBS / PKSR].
3. `Melahirkan` murid terbaik yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia melalui program
pembangunan insan yang berteraskan Rukun Negara serta konsep 1Malaysia.
4. `Melahirkan` murid yang tinggi daya
saing serta mampu bersaing secara sihat di peringkat daerah, negeri,
kebangsaan dan antara bangsa melalui kegiatan / aktiviti kokurikulum [unit
beruniform, kelab, persatuan, sukan dan permainan] yang terancang serta
berterusan.
5. Meningkatkan secara berterusan tahap
keselamatan dalam kawasan sekolah bagi menjamin kesejahteraan warga sekolah dan
pelawatnya.
6. Menyediakan prasarana yang terbaik
bagi mewujudkan persekitaran `nice to see, clean and orderly` yang
kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran.
Sabtu, 24 November 2012
Graduasi Prasekolah 2012
Alhamdulillah hari graduasi telah selamat diadakan. mari kita lihat gambar-gambar sekitar majlis graduasi sulung prasekolah Sk Seri Samudera pada hari Sabtu 3 November 2012.
Ucapan perasmian oleh guru besar cemerlang Sk Seri Samudera En. Tajor Amar b Nazri |
Para tetamu dan VIP |
Murid-murid bersedia untuk menunggu giliran memakai jubah. Kene ikut giliran sebab ada dua kelas...hehehe |
Bicara berirama. |
Deklamasi sajak |
Langgan:
Catatan (Atom)