CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

KSPK

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 
Maklumat Yang perlu diketahuan tentang Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan.

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA.
1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam
1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
1992 – KPM memulakan Prasekolah
1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
2008/9 – KPK disemak semula

RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN.
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

PERUBAHAN YANG BERLAKU
Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada: Pembangunan modal insan Penghasilan pelajar celik minda Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif

PERUBAHAN YANG DILAKUKAN
1.Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan
2.Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan.
3.Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama
4.Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah 5.Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan
6.Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.
7.Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.

KEDUDUKAN PRASEKOLAH DALAM SISTEM PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENEKANAN KURIKULUM DAN TAHAP PERSEKOLAHAN DALAM KURIKULUM TRANSFORMASI.
- 4 M Membaca Menulis Mengira Menaakul

MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010
Matlamat Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

4 kata kekunci:-
•Menyuburkan (Enriching)
•Aktif Penglibatan (Engaging)
•Selamat (Safe)
•Seronok (Fun) OBJEKTIF KSPK Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut Jasmani:
•Mempunyai tubuh badan yang sihat
•Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
•Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
•Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
•Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan motor kasar Emosi:
•Mempunyai konsep kendiri yang positif
•Mempunyai keyakinan diri
•Mempunyai jati diri
•Berani mencuba
•Mempunyai kematangan emosi
•Menghormati perasaan dan hak orang lain Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan Intelek:
•Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia •Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris
•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan)
•Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan)
•Memperolehi kemahiran proses sains asas
•Memperolehi kemahiran matematik asas
•Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul
•Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid
•Mempunyai daya kreatif dan estetika
•Menghargai keindahan alam dan warisan budaya Rohani:
•Mengamalkan nilai murni
 •Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. Sosial: •Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.
•Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.
•Menyuarakan pandangan dan perasaan.
•Bekerjasama dengan orang lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan