CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahad, 25 November 2012

VISI & MISI SKESES



SERLAHKAN KECEMERLANGAN,SENTIASA SIAP SIAGA


VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Seri Samudera akan menjadi antara tiga sekolah cemerlang  di Daerah Manjung menjelang tahun 2015.

MISI SEKOLAH
Melaksanakan sistem pendidikan dengan berkesan bagi `melahirkan` murid cemerlang yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek [JERI] selaras dengan konsep 1Malaysia serta berteraskan Rukun Negara melalui ;

1.      Penerapan dan pembudayaan budaya ilmu dikalangan murid serta warga sekolah.
2.      Penerapan dan pembudayaan sifat ketakwaan, kasih sayang serta perasaan saling menghormati antara satu sama lain dikalangan murid serta warga sekolah.
3.      Penerapan dan pembudayaan unsur – unsur  perpaduan dikalangan murid serta warga sekolah.
4.      Penerapan dan pembudayaan kejituan disiplin, keunggulan sahsiah dikalangan murid serta warga sekolah.
5.      Penerapan dan pembudayaan cara gaya pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan yang cekap, berkesan, amanah, adil, telus serta menggunakan teknologi terkini.

OBJEKTIF SEKOLAH
1.       Melaksanakan pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan yang cekap, berkesan, amanah, adil dan telus serta menggunakan teknologi terkini dalam urusan kewangan, perkhidmatan, sumber manusia, aset, pembelajaran dan pengajaran.
2.      Meningkatkan secara berterusan pencapaian murid [secara kuantiti dan kualiti] dalam peperiksaan awam [UPSR] dan peperiksaan peringkat sekolah [PBS / PKSR].
3.      `Melahirkan` murid terbaik yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia melalui program pembangunan insan yang berteraskan Rukun Negara serta konsep 1Malaysia.
4.      `Melahirkan` murid yang tinggi daya saing serta mampu bersaing secara sihat            di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa melalui kegiatan / aktiviti kokurikulum [unit beruniform, kelab, persatuan, sukan dan permainan] yang terancang serta berterusan.
5.      Meningkatkan secara berterusan tahap keselamatan dalam kawasan sekolah bagi menjamin kesejahteraan warga sekolah dan pelawatnya.
6.      Menyediakan prasarana yang terbaik bagi mewujudkan persekitaran `nice to see, clean and orderly` yang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran. 

1 ulasan: